Friday, 21 December 2012

Roses

Maksud disebalik warna ros

Merah - melambangkan cinta, keberanian, penghargaan, romantik dan kehangatan. 
Kuning - melambangkan kegembiraan, kebahagiaan, kebebasan dan persahabatan.
Putih - melambangkan kehormatan dan kesucian diri.
Merah Jambu - merupakan lambang gaya dan kesyukuran.
Merah Jambu pekat - lambang terima kasih
Merah Jambu Cair - simbol kepada perasan sedih, simpati dan persahabatan.
Jingga/Oren - menunjukkan keterujaan dan bangga.
Biru - melambangkan misteri, khayalan dan mengharapkan peluang baru.
Gabungan Merah dan Putih - lambang penyatuan.
Gabungan Merah dan Kuning - simbol kepada setia dan gembira.

tapi kalau macam ne lagi lah sedap. segala-galanya ada. hehe. fayyadh, nak yang ne boleh? hehe


by the way, majalah yang aku baca ne pun ada tunjuk cara nak buat rainbow roses macam kat atas ne taw.
cuba lah. nanti kalau jadi jangan lupa kirim sejambak dua kat aku. haha

Bahan-bahan:

Ros Putih -suke hati nak berapa ketul pun
Pisau Tajam
Tiga pewarna makanan - lebih pun boleh
Cawan/Botol kecil
Air

Cara-cara:
  1. Pilih warna-warna kontra. Jangan guna warna gelap lebih daripada satu. (tapi rasanya macam boleh je kot kalau nak cuba-try-test effect die macam mana. hehe)
  2. Sediakan tiga/empat (atau lebih) cawan atau botol kecil bersama air. Masukkan pewarna makanan, satu cawan satu warna dan kacau rata. Tambah pewarna hingga air berwarna gelap.
  3. Dengan menggunakan pisau tajam, hiris hujung batang ros kepada tiga bahagian (atau lebih-ikut berapa warna nak buat). panjang hujung cabang ialah 6 inci. Kemudian masukkan hujung cabang kedalam pewarna yang disediakan tadi. satu bahagian di dalam sebuah cawan/botol. pastikan batang berdiri tegak, gunakan penyokong jika perlu. (alah macam eksperimen sains dedulu masa zaman sekolah tu)
  4. Biar 24jam dan perhatikan magis yang terhasil. Lihat perubahan pada ros putih anda! Sekarang boleh lah keluarkan dari pewarna tu dan dengan menggunakan pita pelekat  lilitkan hujung yang bercabang. dan buatlah apa-apa yang patut kat bunga tu. wrap ke. hias dalam pasu ke.
dan tak lupa juga ada tips:
- jangan guna ros merah atau merah jambu.
- pewarna yang digunakan jenis yang larut air.
- jangan letak tempat yang banyak cahaya matahari. nanti kelopak mudah gugur.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERAMAL. 
(aku belum cuba lagi. nanti aku nak cuba-try-test. hehehe)

p/s - maklumat ne semua aku amek dari majalah Laman taw. Edisi 42. Jan/Feb 2013. btw, i love majalah laman so much! thanks majalah laman kerana menceriakan hidup kami sekeluarga. cewah !  :D